Monday 3 February 2014

Pengenalan Tarian

                                                 

PENGENALAN 



Malaysia terkenal dengan kepelbagaian warisan budaya dan kaum yang unik.
Kepelbagaian warisaan budaya dan kaum dapat diperlihat melalui jenis-jenis muzik dan tarian yang terdapat di Malaysia. Malaysia terkenal dengan pelbagai tarian kaum melayu, orang asli serta beberapa tarian penduduk Sabah dan Sarawak. Tarian tradisi kaum cina dan india yang berasal dari negara asal mereka juga menjadi sebahagian daripada warisan dan budaya Malaysia kerana Malaysia mempunyai rakyat yang berbilang kaum. Contoh tarian yang terdapat di Malaysia seperti tarian Sumazau, Zapin, Gamelan, tarian singa, tarian naga, tarian Yangge, Bhangranatyam, Giddha dan lain-lain. Tarian yang terdapat di Malaysia terkenal dengan kesenian tersendiri dan mempunyai sejarahnya yang tersendiri.


  Definisi tarian dari segi bahasa ialah gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik (Kamus Dewan, Edisi Ketiga), manakala tafsiran ahli sejarah pula mendefinisikan seni tari sebagai gerakan yang berirama(C.Sachs).  Tarian boleh diertikan sebagai seni lakon dibawah unsur kesenian dan dilihat dibawah aspek kebudayaan. Ianya dapat dizahirkan melalui sebarang gerakan yang dapat melambangkan kebudayaan sesuatu masyarakat dan gerakan yang dilakukan pula menggambarkan perasaan jiwa manusia. 
       Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis tarian sama ada dari segi tarian berbentuk tradisional mahupun kontemporari.  Tarian tradisional merangkumi beberapa tarian yang mengikut etnik dan ada juga yang mewakili kenegerian.  Tarian tradisional pula walaupun di telan zaman, ia masih ditarikan di dalam acara-acara kesenian mahupun majlis-majlis kenamaan.
      Mahupun begitu, tarian tradisional sering dihubungkaitkan dengan semanngat ritual dan mistik.  Sejajar dengan proses globalisasi, kemasukan tarian kontemporari dari negara barat semakin menular dikalangan masyarakat Malaysia dan amat digemari oleh anak-anak muda masa kini.  Kebiasaannya, tarian seringkali dikaitkan dengan iringan muzik.  Tarian dan muzik bagaikan ritma yang tidak dapat dipisahkan.  Selain itu, tarian juga dapat dijadikan sebagai suatu alat yang dapat mengeratkan perhubungan sesama manusia disamping memuliharanya agar ia tidak ditelan zaman

        Tarian merupakan salah satu tarikan pelancongan.Gerak tarian yang dipersembahkan oleh penarinya menarik perhatian para pelancong asing terutamanya pelancong dari asia barat. Antara tarian yang popular di Malaysia ialah tarian mak yung, tarian zapin, kuda kepang, tarian bhrata natyam, tarian singa dan sebagainya.
       Tarian juga boleh disampaikan kepada generasi muda melalui latihan supaya tarian ini tidak lapuk ditelan dek zaman. Latihan ini boleh diselitkan dalam sistem pendidikan menerusi aktiviti kokurikulum disekolah. Kesemua ini akan memberi peluang kepada generasi baru mengenali tarian kaum majoriti dan minoriti di Malaysia disamping memberi peluang kepada yang berminat mencuba tarian-tarian tersebut. Oleh demikian seni jiwa bangsa dapat dihayati kerana "tak kenal maka tak cinta".




1 comment:

  1. Lucky Club Casino Site
    Lucky Club is a relatively new online casino and is based in Malta. It operates under the Curacao luckyclub.live and Curacao license number 0003. Lucky Club Casino site

    ReplyDelete