Monday, 3 February 2014

Tarian portugis ( melaka )



Generasi muda diajar warisi tarian Portugis




Masyarakat pertahan budaya Negara asal sejak abad ke-16
“Jingkling nona jingkling nona yo kare kasa,
jingkling nona jingkling nona yo kare kasa,
kasa rata kota jele lagu pasa,
kasa rata kota jele lagu pasa.
Teng alah oteng pak oteng sala oteng,
teng alah oteng pak oteng sala oteng.
Udang sama udang, mawar atas peti.
Pandang boleh pandang, jangan sampai bawa lari.”

Itulah petikan lagu Jingling nona yang popular di kalangan masyarakat Portugis, Melaka. Lagu itu juga sebati dengan penduduk Melaka sehingga mampu dinyanyikan sesiapa saja. Sekali dengar, ada lenggok joget dalam rentak melodi lagi itu. Ia seakan memperkuatkan tanggapan asimilasi budaya Portugis dengan orang tempatan, apatah lagi orang Portugis bertapak di negeri itu sejak 500 tahun dulu.

Namun, paling mengejutkan masyarakat ini yang terputus hubungan dengan negara asal sejak Portugis berundur pada zaman penjajahan Belanda masih mengekalkan budaya asal, malah pelbagai tarian, bahasa dan pakaian tradisi kekal seperti abad ke-16. Orang Portugis di Portugal sendiri kagum dengan generasi mereka di Melaka.

Bahasa Portugis Melaka masih lama, berbeza dengan orang Portugal yang melalui banyak perubahan tatabahasa serta nahu. Pendek kata, orang Portugis di Melaka lebih asli daripada di Portugal dan itulah menjadi kebangaan mereka dalam mempertahankan budaya.

Aktiviti kebudayaan orang Portugis di Melaka masih dipelihara dan menjadi tarikan pelancong. Tarian Portugis boleh ditonton di Kampung Portugis termasuk di restoran.



Kebanyakan lagu dan tarian ada pengaruh Portugis tetapi sudah diubah-suai, tariannya rancak dan kostum berwarna-warni antara ciri tarian Portugis


Jingkling Nona berasal dari Goa. Orang India ketika berjoget menggunakan rantai kaki dan orang Portugis membawanya ke negara ini. Banyak lagi lagu Portugis berusia ratusan tahun ada di sini. Lagu ini dipengaruhi orang kulit hitam dari Angola, satu lagi koloni Portugis.

Lebih unik, tarian begini hanya ada di Melaka dan pelancong menyukainya. Kebetulan hanya tarian, nyanyian dan muzik menjadi kebudayaan kami. Gitar Portugis dan kerincing ialah alat muzik unik yang tidak semua orang mahir menggunakannya,” katanya.

Bagaimanapun, usaha mempertahankan seni budaya itu semakin sukar kerana kurang anak muda mahu mempelajarinya walaupun dijanjikan imbuhan setiap kali diadakan persembahan. Di Kampung Portugis ada sekurang-kurangnya tiga kumpulan yang aktif iaitu di bawah kendalian Papa Joe, George Paul Overee dan Marina Linda Danker.






Menonton persembahan mereka cukup menghiburkan. Irama rancak diimbangi gerak tari yang pantas disulami tepukan tangan membuatkan mata tidak berkelip. Tidak hairan ada pelancong di restoran Papa Joe tidak senang duduk. Mulanya sekadar menggoyangkan kaki, tak lama selepas itu menyertai tarian penari.

Kebanyakan lagu yang mengiringi tarian mempunyai cerita yang berbeza antara kumpulan penari. Noel Felix, yang masih aktif menggerakkan kumpulan kebudayaan ketika usia mencecah 80 tahun menggunakan lagu Kapten De Barku yang menceritakan pengalaman kapten Portugis dalam kapalnya.

“Kebanyakan lagu dan tarian ada pengaruh Portugal tetapi diubah suai. Pakaian masih mengekalkan ciri seperti pekebun tetapi berwarna warni untuk menarik perhatian penonton. Variasi dalam tarian Portugis adalah tarikan utama.

“Identiti utama tarian Portugis d Melaka adalah adunan joget dan tarian Melayu. Lebih lincah berbanding di Portugal,” ceritanya yang dikatakan satu-satunya pakar Jingkling Nona dan mampu berpantun dalam lagi itu secara spontan.



 Video tarian portugis (  melaka )



Tarian Sewang Orang Asli
Tarian Sewang adalah tarian tradisional yang berasal daripada masyarakat Orang Asli. Pada asalnya tarian ini diadakan bagi tujuan perubatan dan turut merangkumi unsur-unsur spititual dan ritual seperti pemujaan roh, semangat si mati serta aktiviti membuang bala, walau bagaimanapun kini tarian Sewang telah diolah semula bagi tujuan persembahan dan hiburan semata.
Tarian Sewang dipersembahkan dalam bentuk bulatan yang mana penari akan membentuk bulatan semasa persembahan diadakan. Tarian ini biasanya diiringi paluan alat muzik yang diperbuat daripada alam semulajadi seperti ketukan buluh.

Kostum Tarian Sewang



Video tarian sewang orang asli












KEBAIKAN DAN KEBURUKAN TARIAN


1.Dapat Menyihatkan tubuh badan.

Tarian poco-poco dilihat seumpama melakukan senaman dengan mengeluarkan peluh disamping dapat menurunkan berat badan kerana ianya dianggap sebagai senaman aerobik.

2. Dapat meningkatkan imej Negara

Tarian juga dapat menarik perhatian dan minat para pelancong untuk melancong kerana terdapat pelbagai budaya yang dapat ditonjolkan melalui tarian.

3. Dapat memupuk perpaduan di kalangan masyarakat setempat

Tarian merupakan alternatif yang terbaik yang  boleh digunakan untuk memupuk perpaduan dalam sesebuah negara. Sebagai contoh, Malaysia terdiri dari pelbagai kaum dapat memperkenalkan setiap tariannya agar mereka boleh mengenali setiap budaya kaum-kaum yang ada di Malaysia.



KEBURUKAN TARIAN

1. Tarian tradisional terutamanya tarian kuda kepang menyebabkan seseorang penari itu mabuk atau khayal kerana terlalu taksub dengan semangat tarian ini, menyebabkan mabuk dan pengsan serta mengandungi unsur-unsur syirik didalamnya.


2. Dalam tarian moden, terdapat beberapa unsur negatif dalam diri remaja seperti ponteng kelas dan kekurangan disiplin diri kerana mudah terikut-ikut dan terpengaruh dengan sesuatu yang baru.

  Tarian india

Tarian Bharata Natyam berasal daripada India, melibatkan beberapa gerakan seperti gerakan tangan, kaki dan juga mata. Ianya dipersembahkan oleh seorang penari wanita dan memiliki enam peringkat iaitu dikenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Ianya memiliki unsur keagamaan Hindu dan dipetik daripada naskah Sanskrit Natyashastra.
Tarian bharata Natyam merupakan salah satu gaya tarian klasik india. Tarian klassik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap, penuh dengan kegemilangan.
Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India. Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh seorang penari wanita.
Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya ( Tarian Ekspressi ).

Kostium Tarian india






Video tarian india :









Tarian Singa ( china )





Tarian Singa adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.

Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia, terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi adat di negara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand, dan Vietnam. Setiap negara tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian yang berbeza. Namun tarian ini lebih terkenal sebagai warisan orang Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu. Dua tarian singa yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa Selatan".

Tarian Singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa mereka menggunakan warna merah, jingga dan kuning (hijau bagi kostum singa betina). Tarian Singa Utara adalah lebih banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.

Tarian Singa Selatan lebih membawa perlambangan alam sekitar. Tarian ini selalu dipersembahkan sebagai istiadat upacara membuang semangat jahat dan upacara meminta tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna dan kepala kostum mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa Utara, dan mempunyai cermin serta sebatang tanduk di hadapan kepalanya.


Video tarian singa ( China )













Tarian Ngajat Iban,Sarawak

Kostum tarian Ngajat Iban






Tarian Ngajat sangat popular dalam kalangan orang Iban di Sarawak.

Tarian Ngajat terdiri daripada beberapa jenis, antaranya ialah:-

1. Ngajat Induk
2. Ngajat Bebunoh
3. Ngajat Lesong
4. Ngajat Semain
5. Ngajat Berayah
6. Ngajat ““Ngemai antu pala”

Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai orang-orang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu tarian tersebut ditarikan selepas mereka kembali dari berperang.

Penari akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya.

Tarian ini ditarikan dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang Rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut gawai untuk ber'Rayah' sambil membawa tengkorak musuh.

Satu lagi jenis tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.

Lagu iringan dibunyikan daripada alat-alat seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.


Video tarian ngajat Iban :








Tarian Inang

Tarian Inang merupakan versi moden bagi tarian tradisional rakyat iaitu Tarian Mak Inang. Ia sering dipersembahkan di majlis-majlis sosial. Tarian ini ditarikan mengikut laju tempo rebana, biola dan gendang. Semasa menari, para penari melambaikan sapu tangan yang berwarna-warni.

Tarian ini dicipta atas perintah Tuanku Sultan Mahmud Shah yang gemarkan kesenian. Ketua Inang yg bertindak sebagai ketua dayang telah mengajar dayang2 laen utk tujuan dipersembahkan di majlis keramaian. Lagu dan tarian ini sungguh mempersonakan dan mempunyai kualiti persembahan istana.



Kostum Tarian Inang




 

Syarat Tarian Inang


Tarian Inang ditarikan oleh pasangan lelaki dan wanita. Tarian Inang banyak tertumpu pada pergerakan tangan yang diangkat selaras bahu baik lelaki mahupun wanita.
Tempo pergerakan tarian inang yang sederhana ialah 2/4 diselangi dengan paluan gong. inang juga bole ditarikan dengan pantas iaitu 4/4 diiringi dengan irama masri


Video Tarian Inang